dan sekarang masuklah, waktu berbuka...
Rezeki berbuka yang melimpah ruah. Semua sedang meratah tulang berkat amal jariah Haji Sha'ari. Syukur..
Bishan - Iftar yang diadakan semalaman merupakan sebuah sesi berbuka yang istimewa bagi Nas kerana dalam diam, ia sebenarnya satu surprise buatnya bagi menyambut hari jadinya. Sayangnya, DNN tak sempat merakamkan babak yang mana beliau menangis kerana terlalu terharu. Maklumlah, niatnya ke sini secara ikhlas adalah untuk berbuka. Dia tak pikir apa-apa pon.
Adapun begitu, tahun ini, juadah berbuka

tampak lebih kurang
kerana pada tahun yang sebelumnya, makanan melambak. Sorang bawak murtabak $10, satu bawak 20 tulang, lagi satu beriyani dua packet. Last-last, kita da boleh bukak gerai persis di Geylang Serai. Jadi tahun nih, belajar
dari kesilapan. Seperti biasa, lepas berbuka dan maghrib, acara dwi-tahunan kita 'twister' berlangsung untuk menghilangkan senak di perut. Acaranya yang bermula dengan sepuluh orang berakhir dengan tiga finalis, Rezal, birthday boy dan Black. Dan seperti biasa, penulis tak tahu dan tak kuasa sapa menang sebab keluar untuk 'smoke-break'.


Berbalik pada cerita Nas, ke'kemaruk'kan birthday boy jelas terpancar apabila beliau mengenakan kesemua hadiah-hadiah yang diberikan rakan-rakan sepermainannya (kiter la tuh). Kemain lagi. Ada helmet full-face baru, baju ketat baru, baju Manchester baru, dan timbangan baru (weighing scale). Fuh, da betul macam raya, padahal, baru seminggu berpuasa. Dashyat. Sampai masuk dalam kereta untuk menumpang Apu ke Marine Parade pun pakai. Teringat plak, zaman kecik-kecik dulu, bila mak bapak belikan sepatu baru, kita akan pakai merata kat dalam rumah, gembira sangat sangkingkan nak tengok kasut baru. Dah samalah tu

h, cuma pada kali nih, helmet plak. Dah tua, gayakan tongkat pulak.
Dan, akhir sekali, setelah lama menang consolation untuk lagu dalam pertandingan 'Alunan Kasih', Jumadi (Apu) dan Anwar (Biggy) akhirnya dapat jugak trophy untuk bawak balik. Moga-moga, tahun hadapan korang bawak balik trofi yang lagi besar, plus duit sekali. Berkat Ramadhan, kene banyak doa dok. - DurbarNews