Thursday, September 25, 2008

dedikasi raya...

Berhati...berhati.. di jalaaaaan raya...
Kami, pasukan Polis Trafik Singapura ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua penganut agama Islam. Harap-harap pada musim perayaan ini, janganlah memecut di jalan raya. Kerana ini merupakan pembunuh nombor satu di Singapura. "Speeding is the number one killer, not cancer". Kepada yang menunggang motosikal, pakai topi keledar, ingat orang yang tersayang. Kepada yang memandu, harap jangan menyusur masuk ke Marina Bay pada akhir minggu ini kerana kesesakkan lalu lintas. Kepada yang bukan Islam atau yang setakat Islam kat "IC" jer, harap jangan minum dan memandu. Sekali lagi dari kami, selamat menyabut lebaran yang selamat - Polis Trafik Singapura