
Haaa! Salam sayang dari DNN. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat seadanya. Alla kulihal, semalam, ada seorang insan yang sudah agak berumur datang menjenguk kami di West Mall sebelum kita membuat persembahan pada hari yang kedua. Beliau memberikan kita senaskah tulisan sebagai tanda penghargaan persembahan di tempat yang sama pada hari sebelumnya. Walaupun ianya dipena di atas warkah putih yang tidak seberapa, pemberian beliau mengukirkan senyuman kepada kerabat kita, kerana sekurang-kurangnya, beliau menunjukkan penghargaan kepada golongan yang jauh lebih muda yang sekadar mencuba untuk melestarikan seni dikir Singapura. Sekalung budi kepada Pak Uda, di mana sahaja anda berada.. Tak kisahlah dari susunan bahasa, yang penting, intinya.. Warkah beliau tertera di bawah..
Nasehat Zikir Pantai Slatan, Pantai Slatan menghulurkan salam
-Kepada anda yang sudi datang,
Orang yang sehat selalu pasang badan,
Tapi yang gemuk terlalu banyak makan,
Marilah kita penduduk Pulau Slatan,
Kurangkan makan supaya sehat badan,
Dunia kita bertukar siang malam,
Duduk termenung memikirkan hutang,
Nasehat kami bersyukur pada Tuhan,
Panjatkan doa memohon usia panjang.
- Pak Uda, 28/09/2008
DNN: Agaknya dia sindir Biggy dengan Apu kot, suruh dorang kurangkan makan. Mungkin juga dia sedang berhutang sebab dia tulis kat situ. Atau mungkin, dia generalise kita sebagai rakyat yang berhutang. Hutang bil telefon, hutang rumah, hutang motor... "Deep" ah pakcik nih... - DurbarNews