Monday, September 22, 2008

dari pena editor...

Rasa-rasanya, macam sekejap sajer kita berpuasa. Pejam celik pejam celik, sudah lebih 20 hari kita bershaum, sambil menantikan kedatangan hari kemenangan. Tetapi, tatkala jumlah pembeli-belah di bazaar Geylang semakin bertambah pada sepuluh malam terakhir, maka semakin berkurangan jumlah jemaah di musollah. Namun begitu, jumlah jemaah yang berbuka kat masjid akan tetap sama sebab dapat makan "free". Sebenarnya orang yang kat Geylang segelintir sahaja yang membeli, ramai pula yang sekadar melihat sahaja. Melihat apa? Adalah... Di tengah-tengah kegawatan ekonomi ini, DNN menyarankan agar baju raya last year di recycle-kan semula dan market bagi duit raya dikurangkan kepada $1 setiap budak. Jadi dorang tak komplain, "Eh! $1 saja? Kalau pegi rumah pakcik Biggy dapat $5 tau!". Biar semua adil dan saksama. Kalau nak makan pulak, biar kat rumah orang. Maklumlah, harga makanan pun dah naik. Nak makan malam? Haa, pegi jer rumah jiran atas alasan "jalan raya". Nak sarapan pagi? Cari jer mana-mana "open-house" yang ada. Tapi, kalau semua orang berfikiran macam gini, gawat... Walau apapun keadaannya, baik aman mahupun kecemasan, raya tetap raya. Ia merupakan satu-satunya hari yang membolehkan kita pakai songkok dengan brooch glamour. Boleh pakai baju kurung sepasang untuk couple-couple yang tidak jemu-jemu bercinta. Ia juga memberikan peluang untuk kita berjalan raya, bertemu dengan sanak saudara, rakan-rakan, untuk meminta keampunan, kesejahteraan. Untuk mengikatkan ukhwah, tali persaudaraan. Dengan itu, DNN mengambil kesempatan ini, sempena kita melalui sepuluh hari-hari terakhir Ramadhan, dalam misi agar diketemukan malam Lailatul Qadar, untuk menyusun sepuluh jari, dan meminta maaf kepada anda semua, para pembaca lelaman kita, sekiranya ada silap dan salah dalam penerbitan risalah dan artikel kami. Bak kata pepatah kat ceramah-ceramah agama, "Yang baik itu datangnya dari Tuhan, Yang buruk itu adalah dari kami sendiri"... Taqabalallahu minna wa minkum (minna waminkum taqabalallahu ya karim).

Pengumuman: Takdak duit nak buat dedikasi kat suratkhabar? Radio tak angkat talian anda untuk buat dedikasi? Jangan gusar!! Kami boleh tolong anda!! Kita membuka ruangan DNN untuk anda dedikasikan ucapan "selamat hari raya" anda kepada sesiapa yang anda kehendaki. Lihat contoh kat bawah..



Saya, Mr Black sekeluarga, Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua muslimin muslimat, baik di Singapura mahupun di seluruh dunia. Mak, I love you. Ayang, wait for me, ok? I lap you oso. Mintak maaf zahir aja, batin tak salah. Dan dari kami, moga-moga Durbar maju jaya, tak kisahlah dalam apa-apa yang diceburi mereka.
************
Ruangan ini dibuka kepada sesiapa sahaja.. Dengar tuh? ANYBODY!!! Baik yang berkumpulan, mahupun yang tak berkumpulan. Dedikasi pun tak semestinya kepada kita, kat orang lain pun takper. Senang saja, hantar gambar gila (mcm kat atas), dan tulis ucapan anda. Hantar kat muhddzar@hotmail.com dan tunggu sehari dua! Jom! Kita penuhkan lelaman ini dengan gambar gila!!! - DurbarNews