Tuesday, August 19, 2008

Rekreasi

MEH PANCING UDENG UDENG!
Wajah-wajah ceria para penangkap udang sambilan di Pasir Ris Farmway. Biasalah, bukan selalu seh.. Setakat nak cuba-cuba sahaja...

Pasir Ris - Haaa, kali ini kita pegi main tangkap-tangkap udeng pulak. Sebenarnya hobi ini amat diminati Nasrin jadi beliau pun ajaklah kita pegi sekali. Port udang ini terletak di Pasir Ris, Farmway 3, harap maklum, bukan Farmway 1, yang mana penulis serta Santau telah dengan tidak sengaja, tersesat on-the-way nak pegi sana. Punya la seram. Korang tau la Pasir Ris, kalau dah Farmway tuh, jalan dia memang memerang bulu roma. Kos yang ditanggung kami tak banyak, hanya $12 sejoran, plus umpan ayam. Yer betul adik-adik, udang makan ayam. Secara saintifik, memang tak logik, kerana, dalam habitat semulajadi si udang, mana dia nak pegi cari ayam? Inilah antara taktik-taktik penternak udang di sana supaya para pemancing tak tangkap banyak sangat udang.

Kerabat Durbar dengan 'kiasu'nya telah menyewa kurang lebih 20 joran untuk tujuan menghabiskan udang-udang yang berada didalam kolam itu. Masa untuk menangkap seekor udang memakan kurang lebih 20 minit, itu pun tengok nasib. Zelmon, yang sememangnya seorang veteran dalam arena penangkapan udang telah mengail sebanyak 10 udang. Fuh, boleh tahan. Namun begitu, jika hendak dibandingkan dengan si Luqman, yang baru setahun jagung dan baru nak start belajar tangkap udang, hanya dapat seekor udang dalam sesi 2 jam beliau memegang joran. Tak balik modal... $24 untuk seekor udang... Beli dari NTUC lagi muai.

Sekiranya anda tidak berapa 'skill' dalam menangkap udang pakai joran, ikut resam si Black dan Aidil. Mereka memilih jalan haram dengan menggunakan tangan untuk mengaup si udang dari kolam itu sendiri. Taktik ini senang saja. Mula-mula, potong cebisan daging ayam kecil-kecil. Kemudian taburkan kat tepi-tepi kolam. Bila udang timbul, apa lagi, saup la! Inilah cara yang paling effektif untuk mendapatkan 'value for money'. Kalu pakai joran jer, bila mau game?

Walaupun bilangan kerabat Durbar yang memancing udang begitu ramai, hanya segelintir yang berani mencabut mata kail dari mulut si udang kerana kebanyakkan bebudak Durbar 'penggeli'. Jadi, terpaksalah Black (maskot) dan Arip 'standby' untuk mencabut mata kail sekiranya joran kerabat tersangkut kat udang. Mereka diibaratkan seperti rescue team yang menunggu call kecemasan dari ahli-ahli penggeli. Aktiviti ini berlarutan sehingga ke pukul 5 pagi. Memang dahsyat. DNN menyarankan aktiviti ini dijalankan bagi mereka yang tak geli dengan udang dan mempunyai daya tahan ngantuk yang kuat. Sekiranya anda minat tangkap udeng udeng, dipersilakan, kalau tak, balik rumah tangkap lentok sua - DurbarNews