Sunday, August 31, 2008

Latest News

SYUKRAN! JAZAAKALLAH!

Kerabat Durbar Dua yang tidak dapat menahan kegembiraan setelah melangkah ke peringkat akhir. Jumpa anda di sana!

Sembawang - Hasrat Durbar Dua untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Mega Perdana 2008 akhirnya terkabul jua. Secara hakikatnya, DNN akur Durbar merupakan underdogs serta dilabel sebuah kumpulan yang membawakan set konformiti dan tidak kreatif. Namun begitu, berkat azam (chey) untuk membuktikan sesetengah pihak bahawa kita mampu menaikkan taraf persembahan, Durbar 'paksakan' diri juga untuk cuba menyaingi kumpulan-kumpulan gergasi yang sekian ada. Nang Kepong Nang merangkul gelaran juara bagi peringkat separuh akhir sementara Andika Kencana menyandang tempat kedua. Si Anak Seni pula telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dengan menduduki tempat ketiga, sebelas tempat lebih baik daripada kedudukan sebelumnya. Sementara itu, Durbar Dua memanjat satu kelas keatas, dan menduduki tempat yang ketujuh di dalam senarai lapan finalis.
Mentaliti yang ditunjukkan pendikir-pendikir veteran Durbar dan yang baru untuk 'embrace' era revolusi dalam cara permainan dikir barat memberikan ransangan serta menimbulkan perasaan emosional lebih-lebih lagi kepada Santau, awok lama Durbar. Beliau menitiskan airmata sejurus selepas kita pulang ke CC kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira serta dendam yang terlaksana. Apakan tidak, ramai yang menyangka Durbar tidak akan berjaya melangkah ke peringkat final tanpa 'first 20' skuad 2004. Dalam pada itu, kerabat Durbar tidak akan setakat berpuas hati dengan pencapaian ini kerana telah dihidangkan peluang untuk 'give other teams a run for their money' (nih kalau aku taruk terjemahan Melayu nanti kelakar bunyinya).

Penghargaan khusus diberikan untuk Nas kerana beliau menyahut cabaran dengan tidak secara langsung mengambil alih tugas Rezal dalam melatih awok-awok kita. Kepada Bala juga kerana beliau sekali lagi telah memberikan banyak tips dan tunjuk ajar, lebih-lebih lagi dalam bahagian paluan. Kepada kedua front-man yang tidak jemu-jemu main dikir. Kepada awok-awok yang datang training walaupun Lornie Rd jam giler babi. Kepada Rezal, yang berani membuka minda dan mengambil pemikiran baru. Kepada WAGs (wives and girlfriends) Durbar, yang memberi sokongan moral. Kepada Tuhan, yang mengabulkan doa kami. Kepada Allahyarham Muhammad Rashid bin Haji Imran, yang merangkumi jasad pendikir sejati. - DurbarNews