
Arts Central - Setelah sekian lama mengimpikan sebuah restoran kelolaan sendiri, akhirnya, impian yang selama ini hanya mimpi semata-mata, terkabul apabila Encik Black mendapat durian runtuh daripada hasil jualan rumah condominiumnya. Berkat wang itu, beliau telah mengunakannya sebagai modal untuk membuka sebuah kedai makan Indian Muslim di Newton Circus.
Kedainya, yang diberi nama "Kedai Makan Pak Hitam Best Giler Makan Satu Nak Lagi" atau nama singkatannya, KMPHBGMSNL, menggajikan dua orang pekerja buruh Indonesia. Black, yang merupakan anak sulung kepada lima beradik memang gemar dalam bidang memasak namun begitu beliau tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang memasak kerana kekurangan wang. namun begitu, alhamdulillah, berkat usaha gigih dan semangat yang kental telah berbaloi.
Sempena Hari Raya Cina pula, KMPHBGMSNL telah mendapat sambutan yang menggalakkan khusunya dari masyarakat Cina yang mahu membuat 'reunion dinner' di restoran beliau. Namun begitu, Chef Black menegaskan bahawa babi ataupun dalam bahasa yang lebih elok, 'khinzir', tidak termasuk didalam menunya walaupun permintaannya sempena CNY begitu mendadak. Beliau mengulas, "Yer, memang betul, bisnes saya semakin baik. Tak sangka, time CNY pon orang nak makan kat kedai mama. Nih semua rezeki Tuhan." - DurbarNews