Saturday, December 8, 2007

KITA DAH ONLINE!

Pelancaran durbardua.blogspot.com yang diadakan
di bilik stor Mariott Hotel.

SENGKANG - Durbar dua telah melancarkan satu-satunya portal internet bagi persatuan dikir baratnya tersendiri, Ahad lalu. Ini adalah untuk menampung jumlah fan-mail dan juga sebagai pengubat rindu kepada peminat-peminat Durbar sedunia, yang sehingga kini, telah mencecah lebih kurang 1.3 juta jumlahnya. Durbar Dua adalah antara pasukan dikir Singapura yang boleh dikatakan pasukan gergasi pada suatu masa dahulu.
Langkah ini telah disokong padu oleh presiden Durbar sendiri, Prof Madya Rizal. Dalam ucapan beliau di Mariott Hotel, "Ya, ya.. mmg bagus ah, ada website ini. Maklumla, si Nas tu bukan buleh harap... dah dekat dua tahun dia cakap durba nyer site 'on the way'... sampai sekarang pon masih 'no-way'. nak cakap apa la kan.. org kapal..."
Apabila wartawan kami menghampiri Nasrin untuk menjelaskan kedudukan beliau, yang ketika itu ada di atas kapal RSS TENGGELAM, berkata, "Ko dengar la cakap si Rizal tuh... Aku actually dah bikin, cuma aku belum upload jer... betul, tak bedek... tengok muka aku.. ". Beliau juga tidak mahu gambarnya diambil kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi. Namun begitu, wartawan kami ambil juga, hanya kerana mahu menyakitkan hatinya.
Dengan langkah dan initiatif yang diambil oleh pengurus media DURBAR.BLOGSPOT.COM, Yg Berhormat Pangeran Le Dzar de Francesco, beliau berharap agar portal ini dapat digunakan semua untuk berinteraksi sesama sendiri. -DurbarNews