Thursday, July 30, 2009

"Complain Culture" @ PRP 09
- A Singaporean trait...

~bersama Kak C
Kaki Complain Correspondent

Naik mrt, bau kaki complain. Tunggu traffic light lama sikit... complain. Makan keropok tengik... takut nak complain, sebab baru baca artikel sebelumnya... Pendek kata, asyik-asyik nak komplain, komplain, komplain. Takkan ada penghabisannya.

Ni pertandingan baru sahaja lepas.... ada lagi segerombolan manusia yang datang kehadapan, bukan secara bersemuka atau secara professional, tetapi melalui wadah internet untuk... COMPLAIN. Selalunya, yang complain mestilah orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Dalam erti kata lain, orang yang kalah atau rasa markah mereka sepatutnya lebih tinggi daripada apa yang mereka terima. Sejauh ni, yang menang tak pernah complain... kalau ada, akak dah beli lottery dah... Tidak semestinya setiap pertandingan ada buruknya aje kan. Kalau kita asyik nak complain aje, kita akan lupa nak tengok benda-benda baik atau nilai-nilai positif yang berada di hadapan mata. Ok, akak sekadar hendak berkongsi pendapat sedikit tentang Piala Raja Panggung 2009:

Yang Best...
1. Penjagaan Masa:
Baik. Ini merupakan kali pertama akak tunggu keputusan sewaktu langit masih cerah lagi. Memandangkan pertandingan diadakan pada hari Ahad, baguslah kalau habis awal. Boleh balik awal dan rehat sebelum menempuh hari Isnin yang menjelang tiba...

2. Muka-muka Baru
Banyak kumpulan-kumpulan baru yang menyertai pertandingan ini... dan terdapat juga beberapa yang mampu melayakkan diri ke peringkat akhir. Syabas! Namun demikian, jangan cepat berpuas hati... harus tingkatkan prestasi lagi!

Yang Kurang Gerek....
1. Sound system
Sound system kurang baik. Terdapat maklum balas daripada penonton yang berpendapat sound system "mendak". Akak pun tunggu results macam tak dengar sangat... Cuma orang-orang yang duduk dekat dengan speakers aje yang boleh dengar dengan jelas.

2. Kontroversi tentang Pemilihan Pengadil
Hah, ni yang tengah kecoh ni. Ingat sikit, kita semua manusia... Ada perasaan. Sebelum nak mengutuk orang tu, fikir dulu... kang diberikan balasan setimpal baru tauuuuu... Hidup ini ada karma tau? Kalau tak suka pengadil sebab... mungkin dia tak credible ke, sombong ke, tak ble percaye ke, tak hensem, tak sexy ke... ambil jalan yang terbaik iaitu, pilih competition. Tak suka, jangan masuk. Suka? Hah, baru masuk bertanding. Apa lah sangat... Ni blakang hari baru nak komplain buat panas cuping telinga.

Akhir kata, tahniah kepada Durbar Dua kerana layak memasuki peringkat akhir... dan kepada dwi durrah, berdasarkan pemarkahan dan desas-desus, anda berpotensi tinggi. Justeru, jangan putus asa, eratkan persahabatan dan berlatih dengan lebih gigih lagi. - DurbarNews

Wednesday, July 22, 2009

Kita Rehat Dulu
Nak settlekan balak. Rabak.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apasal blog nih tak update? Lebih-lebih lagi lepas Piala Raja Panggung 2009 peringkat saringan? Tentu ada banyak gambar2 per. Video pun melambak. Rabak seh Dzar.

Sabar. Bukan aku sengaja. Fyi, memang banyak gambar, video, serta cerita-cerita hangat yang aku dapat, baik menerusi email mahupun menerusi khabar angin. Hot giler. Tapi kasi aku sampai 31hb July, biler aku habis balak yang sedang aku hadapi sekarang. Sekarang susah sikit. Sorry beb.

Thursday, July 16, 2009

Email nih datangnya dari Sdri Camielle. Walaupun warkah siber nih hanyalah warkah yang diforwardkan, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. - Editorial.

Nih bukan gambar Camille atau makcik keropok, cuma gambar hiasan jek.

Wallahhua'lam...........
Pada saudara/i yg ku kenali, Ada sedikit yg ingin saya sampaikan pada kalian semua supaya berhati-hati di rumah anda. Kunci pintu and JANGAN buka sekiranya orang yang anda tidak kenali. Semalam saya terjumpa dengan seorang teman yg memberitahu saya tentang cerita ini kerana ia trjadi pada makcik beliau. Teman saya selalunye mendengar crita "MISTERI JAM 12" di radio RIA.

Kebetulan seorang makcik bernama 'A' menelefon stesen radio untuk berkongsi cerita SERAM yang beliau alami. Makcik ni memberitahu bahwa ada seorang wanita tua yg 'Menjual Keropok' and bau wanita tua inisangat busuk skali.Yang seramnye die menggencang si 'CANTIK' di belakangbadannye. Wanita tua ini akan mengetuk pintu mangsa2nya untuk membeli keropoknye.

Apabila si mangsa buka pintu,si 'CANTIK' akan masuk ke rumah mangsa dan mangsa akan merasa 'TAKUT' dan 'TERPUKAU' lalu membeli keropoknye. Setelah membeli keropoknye si 'CANTIK' akan keluar dari rumah mangsanye dan meneruskan jualan keropoknye dari satu rumah ke satu rumah. Selepas makcik 'A' menelefon stesen radio tentang cerita ini, panggilan dari makcik 'B' dan panggilan seterus nye cerita tentang kejadian yang sama. Cerita dari makcik 'B' begini:-

Makcik 'B' ingin keluar rumah dan die ternampak wanita tua ni d rumah jirannye untuk menjual keropoknye. Makcik 'B' ni nampak si 'CANTIK' masuk ke dalam rumah jirannye lalu jirannye terus membeli keropok wanita tuaitu. Kebetulan makcik 'B' ni masuk ke dalam lif bersama dgn wanita tua ini,baunye busuk skali. Makcik 'B' terpaku apabila wanita tua ni memberitahunye.
'KAU DAH NAMPAK, DIAM2 SAJA.. INI BUKAN URUSAN KAU'.

Setelah itu mereka keluar dari lif, makcik 'B' sedang menunggu suaminye dan di situlah jugak makcik 'B' nampak si wanita tua itu "MENGGENCANG"si 'CANTIK' tadi di belakangnnye dan yang terperanjatnye si 'CANTIK' yg mengangkat beg yang berisi keropok, wanita tua itu cuma memegang beg keropok itu saja tetapi mcm nampak si tua ni yg mengangkat beg itu..Sekarang orang2 yg berkenaan dalam ugama sedang mencari wanita tua ini..

Wanita tua ini telah 'round' di kawasan WOODLANDS, GEYLANG, JURONG... etc tapi sekarang wanita tua ini sedang menjelajah kawasan TAMPINES, BEDOK...... Berhati2... JANGAN buka pintu sebelum intip pada lubang pintu anda dahulu.Keropoknye rasa TENGGIK dan LEMAU.

Editor jawab:

"Yang pertama dan utama, nih kisah pasal makcik. Semuanya makcik. Dari start, makcik. Habis pun makcik. Kisah keropok tenggelam dek ke'makcik'kan cerita nih. Kenapa eh? Senang jer, sebab yang selalu banyak free time adalah golongan makcik. Merekalah antara golongan penyebar gossip terpantas di dunia. Tak kisahlah dorang mat saleh ker, mama ker, jawa ker, janji dorang makcik. Kalau mulut korang laser, orang akan panggil ko, "ish! macam makcik". Kalau mulut banyak songeh suka mengumpat, orang pun akan lebel ko sebagai makcik. Maka tidak hairanlah, perkataan 'makcik' disebut sebanyak 11 kali dalam warkah diatas. Tapi, aku bukan anti-makcik, dah dorang macam gitu, nak buat macam mana? Aku pun ber'makcik' jugak.

Pasal makcik keropok nih pulak, entahlah eh, nak cakap tak percaya, tak jugak. Sekali dier 'hang' kat depan aku, konfirm terberak. Cuma pada aku, sangsi sikit jek. Mungkin ini adalah taktik Si Makcik untuk melariskan penjualan keropoknyer. Yerla, kasi orang takut, buat-buat cerita, jadi, kalau any Tom, Dick or Harry punya makcik jual keropok, confirm korang beli. Peristiwa nih membuat aku terpikir balik zaman hantu 'kum-kum'. Tuh pun popular gak, yerlah, untuk larang bebudak muda keluar malam, takut dibaham si 'kum-kum' nih. Pasal hantu keropok nih, tahlah eh, tapi apa yang pasti, sekiranya korang nak buat bisnes jual keropok, inilah masa yang amat sesuai untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Lagi satu, kalau betul engkorang takutkan si makcik hantu keropok nih, caranya senang jer, sholatlah lima waktu, guarantee si cantik yang dier gendong tuh tak jadi masuk, sebab rumah dah penuh dengan malaikat."

Wednesday, July 15, 2009

Sekalung budi kepada semua yang sudi menghantar email pada minggu ini, ibarat karipap mendatang biler tengah lapar. Semenjak 'post' mengenai bank article di DNN yang semakin kering, mencurah-curah pulak emel yang datang kat inbox nih. Kali ini, kita baca pula rintihan pendek dari "JaiHo", lepas tuh kita komen kat bawah, alaaa, macam majalah Ujang gitu. - Editorial

Dalam Renunganku Sorang.
Rintihan pendek daripada "JaiHo"

Manusia ni ada macam - macam karena. Ada yang malas nk menuntut ilmu, ada yang rajin, sampai dah bercucu pun masih nak menuntut ilmu. Tapi kalau ditenung dan direnung, orang - orang yang berilmu ni kadang ada yang angkuh, ada yang rendah diri.
Lumrah dunia. Takkan nak selalu tunggu sesuatu yang indah. Kita cari indah, bukan indah cari kita. Betul tak? Khekhekhe. Sama seperti menuntut ilmu. Kita sepatutnya cari ilmu, bukan ilmu cari kita lahhhh! Topic ini membuat aku ingin menglingkarkannya ke sesuatu yang aku cintai, Dikir Barat.

Kalau korang fikir nak berdikir ni senang, try dulu. Ramai penggiat seni ni dah belasan tahun berdikir, masih ingin menuntut ilmu dalam seni ni. Pasal apa? Dunia berputar, zaman berubah dan generasi diambil alih. Ada yang baru bergiat dah nk kecoh, tunjuk terror, HO SANA HO SINI. Padahal ilmu belum cukup. Bila nak maju? Sepatutnya kita nak kene terus mencari, bertanya kalau tak pasti. Malu bertanya sesat jalan beb! Kalau ilu stakat sejengkal tu, tak payah lah kerek. Tu lah dia, nak belajar attitude nak kene betul. Mesti ikhlas.

Yang mengajar pun jangan lah brainwash yang bukan - bukan. Nanti terpesong jalan murid - murid.Hmm.. ni jelah yang aku ingin luahkan. Terasa nak luahkan, baik luahan. Kalau tak boleh bawak penyakit. Khekhekhe. ~JaiHo

Editor jawab:
"Biorlah, asalkan tak menyusahkan orang lain. Memang adat manusia, ada yang baik, ada yang jahat, ada yang gatal, ada yang huduh, hemsem, rendah diri dan mestilah ada yang bongkak. Perasasaan bongkak nih kekadang semula jadi, naluri. Kalau aku dinaikkan pangkat dari rekruit naik leftenan, mestilah rasa bangga, tak gitu? Bedek ah tak rasa pape. Biler dah bangga, mesti nak tunjuk 'skill' sikit. Biler nak bebual ngan chicks mesti selitkan, "Ala, dalam army I takla tinggi sangat, cuma leftenan jerrrr." Yer tak? Bedek ah tak bukak kepak. Samalah kat dikir, kekadang terasa, teruja, mereka nak tunjuk skill yang ditimba. Biarla, tak menyusahkan kiter.

Dan pasal ilmu plak, ianya sentiasa tak cukup. Ibarat kata Imam Bukhari, yang semakin dia menimba ilmu, semakin buduh dia raser. Haaa, kalau seorang tokoh Islam dah bebual camgitu, kita nih sapa lakan. Yang penting, kita jangan kutuk dorang, cuma kita doakan agar Tuhan bukakkan hati dorang, lepah tuh tawwakal. Tuh jer."

Tuesday, July 14, 2009

PERHATIAN PERHATIAN!
Kepada yang ingin membeli tiket sekalian.

Rabu. Yer, anda ada sampai hari Rabu untuk 'confirmkan' pembelian tiket anda bagi Piala Raja Panggung 2009. 20 ticket yang diketepikan untuk kerabat Durbar Dua sudahpun habis dijual. Lantas, kita nak bukak buku baru, dan amek order. Cepat! Talian dibuka sampai hari Rabu, 12 tgh malam, lepas tuh, korang pi beli sendiri. Bayaran bagi tiket perlu dilakukan selewat-lewatnya pada hari Rabu. Takder scheme "pakai duit kau dulu", bad experience. Sekali lagi, everything by Wednesday. Sila hubungi Sdr Le Dzar de Francesco di talian 97934909. Atau SMS dalam format berikut. nama (jarak) jumlah (jarak) tiket (jarak) umur (jarak) alamat (jarak) titik noktah. Ok, tuh jer. Selamat berlatih. - DurbarNews

Monday, July 13, 2009

Dari Kacamata Html
memori berkasih di bawah pohon pisang

~Ameliano
Kalau ada mood tulis, baru tulis.

Its been nearly a year since i’ve been with durbar. Yes im new. Yes budak baru.

Pertama kali ku bertemu dengan durbar was 20 september, untuk buka puasa dengan mereka. Coincidentally, hari tu hari jadi aku dengan editor,(HINT HINT!) so editor yang tarik aku pegi buka puasa dengan bebudak dia. Bila masuk bilik dikir, terbentang mah-jong paper kat floor sedia dengan makanan yang beraneka macam. Alangkah sungguh segan aku pada masa tu. Aku hanya dapat duduk bersipu (bersipu keper~) di one korner tunggu azan maghrib.

Selepas azan berkumandang, apa lagi kita terus bedal. Aku masih ingat lagi peristiwa yang aku ni tertumpahkan air dekat kaki Naz. Halemak, tak kene gaya giler sehh. Kerana dah paiseh dan malu nak mampos, aku terus kemas the whole area ah. Orang belum habiz makan pun aku angkat masuk dalam tong sampah. Haha. Otak buntu.

Dari Buka puasa ke Hari Raya, ke New Year celebration, dari aku single jadi double, tiap tiap event mesti ada celebration, kalau thaipusam ada, kita pun celebrate. Kalau bukan event, keluar pegi ice skating, tengok movie, pergi bowling, bakar bontot orang.. haha. Even lepak after training pun menjadi satu event.

Okay cerita ni menyeleweng. Haha. Sebernarnya, what i want to put forth is that durbar has made pretty tremendous improvements in these past few months. The tali silaturahim is just incredible. Aku sebagai orang luar pun tak pernah rasa this togetherness, this rapat-ness. Aku pun masa tuh dah start buat video- video outing, hari raya dan sebagainya. Bukan kerana dipaksa, tapi pertolongan yang datang ikhlas dari hati (ceeyywah) and there isn’t any regrets for it. The rewards is berbaloi you, in intangible ways. Once u look back at the videos, terkenang pula kisah lama................. masih single................. OKAY stop. Haha.

Okay, aku banyak membebel, maklumlah, cikgu per. Oh and congrats for hitting the 50k mark!, bila aku baru start baru 8000 hits ajer so korang kira ah dah brapa banyak visitors in this few months. kalau we are paid for every visitor that visits. FUHHH jadi millionaire dok.. boleh jadi ni boleh jadi ni..
SEDAP nak mampuih!!!
Review makan kat Sedap Corner

Eksterior Sedap Corner. Terletak kat Simpang Bedok. Satu hari nih, kita ramai-ramai pegi kapa?

~Hakzan
Makan Correspondent


Gambar ni adalah moto idaman aje. Oh bukan nak bebual pasal moto. Bukan nak cakap pasal cutting-cutting. Bukan ape, muka aku ni taklah hensem sangat, jadi gambar kat atas tu hanya pengganti. K k back to topic. Ape kata kita tulis pasal Makan pulak... Nak tau? Serious? k k tuari aku dan tunang yg tersayang pegi makan kat restoran terletak di Simpang bedok. Sebenarnya ni dah 3 kali aku pegi tempat tu sebab makanan dorang memanglah lazat tahap kebabian. Ni pon recommended oleh kakak sedara aku. Pasal dia aku dah sangkut.

Klah restoran nyer bernama 'SEDAP CORNER'. Chef & owner seterusnya yg lain tak bukan adalah Chef BOB. Chef Bob!! Takkan tak kenal. Klo tgk program suria, dia pernah host dalam program "Chef Scooter". Kenal kan! K k yg aku makan tuari "Chiken Teriyaki with Sesame Seed Rice"..Fuhyohh memang lah power, sedap & lazat jadi bila dah makan memang tak puas, ikut nafsu nak lagi satu. Lagi satu recommendation "Pasta Thai" tu pon power. Lagi satu recommendation "Roti Di Celup Custard" .. aku lupa plak nama menu original tapi sedap,sedap di makan untuk dessert atau appertizer. Lagi satu recommendation untuk air ' Bandung Selasih', huhhhh ni pon sedap. Memang semua sedap. Buku menu bila tgk pon dah naik selera. Ikotkan nafsu macam nak makan menu je(k ni dah over). Memang padat & kena dengan nama "SEDAP CORNER". Klo nak sedap, BAYAR pon sedaplah..Mahal sikit tapi puas hati... Apa kata hujung bulan ni makan ramai-ramai kat sana, jom???

RATING:
(Tasty presentation of menu, good food, excellentservice, decent ambience)

Saturday, July 11, 2009

Emel seterusnya datang dari Mr T, berkenaan dengan Piala Raja Panggung 2009 dan H1N1. Terima kasih Mr T (nama orang slalu pakai seh, takdak nama lain ker? hehe), atas emel anda. Berikut adalah pendapat Mr T semata-mata jadi kalau nak balas, letak jer komen kat bawah artikel nih atau emel editor di alamat: muhddzar@hotmail.com

H1N1 Melanda Arena Dikir!
Sekolah, kerja, policlinic, comp kene amek temperature. nanti jamban pun kene.

Salamelekom. Haha, at last, aku antar gak emel kat korang. Fuh, rabak betoi wabak penyakit H1N1. Sekarang dah tak panggil flu babi lagi. Swine flu pun dah jarang digunakan. Tak steam uh. "Oh! Aku kene H1N1 la seh!". Boring jek. Tapi kalau, "Arrgghh! Aku kene flu babi!". Interesting ckit. Walau apapun, flu nih dah mula membuat ramai orang cuak. Kat sekolah, budak budak dah kene amek suhu badan sebelum mula sekolah. Orang nak pegi naik bot atau kapal terbang kene 'scan' dulu. Dikir comp pun CC nak kene buat screening, jadi wabak tak menular. Nih semua bukan apa, langkah-langkah takut mati jer. Yerlah, kita nih ibadah belum cukup, hari-hari buat dosa.

Ok, pasal Piala Raja Panggung plak. Baru-baru nih, organiser ada suruh amek temperature sebelum main comp. Kalau cecah 38 darjah celcius (fulermark, darjah celcius sehhh!), organiser mengharapkan agar ketua kumpulan membuat keputusan yang berat dan gugurkan member yang akan bertanding. Yerlah, H1N1 nih takle main-main. Aku pikiak, kalau, betul-betul cecah 38, ok, mungkin sipi ker, 38 perpuluhan lima (haha, perpuluhan la seh!). kalau korang ketua, korang nak lucutkan members korang dari pertandingan ker? Dah training lama nih. Lagi hot, apa kata kalau yang sakit nih tok jogho atau karut, atau pemain rebana korang yang paling power? Dorang akan bilang ker kalau mereka sakit?

Nih senang jer teori dier. Personal interest lawan community interest. Kalau aku personal personal interest, kalau aku nak fight untuk kumpulan aku, confirm confirm aku tak bilang nyer. Tapi kalau aku berhati mulia, tak ingin nak lihat orang dari kumpulan lain sengsarer, taknak penonton kenek H1N1, mungkin aku akan bilang penganjur. Dan dalam dunia dikir nih, brapa ramai yang hatinya macam tuh? Boleh kire dengan jari jek. Bukan salah, kalau ada personal interest. Manusia ada matlamatnyer tersendiri, terpulang, nih masing-masing. Cuma aku cakap jer, langkah organiser mungkin akan backfire. Sebab apa?

Sebab peserta yang amek temperature sendiri. Jadi susah nak track. Lainla, kalau organiser yang amek ker, ala, macam polyclinic. Dan yang buat keputusan bertanding tuh datang dari organiser sendiri. Baru pukul sama rata. Haaaa, tapi susah wei. Bukan senang nak bilang orang, "Eh, sori, tok jogho korang takle main ah, suhu lebih 38". Konfirm bertekak. Abeh tok jogho nak pakai sapa? Flu nih bukan kita boleh kontrol. Abeh kalau dah macam nih, nanti timbul plak pasal orang 'sabotaj' kumpulan lainnyer powerhouse, hantar bejana atau barang yang ada kuman H1N1, jadi dorang jangkit? Tuh pun tak adil kan? Banyak problem, semua angkara H1N1.

Aku tak sarankan apa-apa, cuma nak cakap ajer. Suka atau tak suka, preventif measure apa sekalipun, kalau dah nak kene, konfirm kene. Cuma aku harap, kalau korang terkene flu tuh, harap self-declare. Demi kita semua. Lebih-lebih aku nih, yang akan turun sebagai penonton, bayar tiket, beh kene H1N1, baik ah. Kalau nak main gak, tapi sakit dan takder orang tau, harap korang pandai-pandai asingkan diri ler, jadi takla merebak sangat. Jangan nak dok menggatal dengan pompuan-pompuan, beh dorang pun kene H1N1. Okla, tuh jer, jumpa semua Sunday! Salamelekom!

Salam Sihat
Mr T

Friday, July 10, 2009

Segmen Soal Jawab
Menjawab pertanyaan melalui emel

***Emel seterusnya datang dari seorang netizen, dihantar ke alamat Sdr Rezal. Kemudiannya, beliau forwardkan emel tersebut ke pihak editorial. Sekalung budi kepada netizen misteri kerana sudi memberi cadangan dan maklum balas. Kami berharap ini bukan kali terakhir anda menghantar emel. Sekiranya anda juga ingin memberikan maklum balas secara terperinci, hantarkan kepada alamat berikut: muhddzar@hotmail.com.

Hope this email finds you well.
May I suggest that Durbar Dua buy a url? So instead of durbardua.blogspot.com, the site name becomes durbardua.com; I checked online and the address is still available.

Advantage(s):
1. Macam grand gitu. Kalau orang search durbar dua on google.com, this should be the first (sekarang pun actually)
2. Durbardua.com can be redirected to durbardua.blogspot.com; so kira masih boleh enjoy the free space of uploading pictures, photos etc. Senang cakap, content yang ada kat website is not compromised.
3. Whether durbardua.com atau durbardua.blogspot.com, web users will reach the same site. 3. When u buy the url, u can create 100 email names (that means all members can have their own email address! e.g. :

Pendek kata, any thing u want @durbardua.com. Using Email Forwarding, bila orang hantar email, the emails are redirected to any valid email of ur choice. For example if I send an email to editor@durbardua.com, the email can be forwarded to dzar's existing email address. I append a printshot of my own online set up. I have a couple of email names I created tapi semua forwarded to a gmail account.

Yearly subscrption is about USD30. I tink it's quite a good investment considering the site has a high readership. Mana tau nanti nak buat show for corporate functions, events, courses (u never know) then can use this URL sekiranya u decide to create a corporate website. Then ur members can have their own email address. For your consideration. If D2 is agreeable to it, just register @ www.enomcentral.com (dwidurrah.com pun masih ada. heehee)
Let me know kalau ada enquiry.
All the best in ur outreach!

***Nak baca apa pihak editorial balas? Click "comments"! - DurbarNews

Tuesday, July 7, 2009

Dari Pena Editor
Angkara semangat kekitaan.

~Le Dzar de Francesco
sesajer, dalam mood menulis.

Penat, ngantuk, letih. Beginilah keadaan Editor baru-baru nih, tak seaktif dulu. Maklumlah, dah jarang bersenam. Berjalan pun kurang. Apalah nasib, perut semakin memboyak, rambut semakin botak, kulit semakin gelap, persis seorang pakcik Batam yang dah tak kuasa lagi dengan gaya penampilan diri sendiri. Amboi, kemain exaggerate lagi . Baru-baru nih penulis bagaikan dipanah kesumat sakti, ibarat dihunus keris taming sari, seperti dinodai sembilu menusuk kalbu. AMBOI! Nampak? Nampak? Dah start dah. Jangan memain. Hehe, action jek, bukannyer 'make-sense' pon. Dah lama nih tak tulis artikel. Sebab banyak bahan yang ada dalam 'bank' untuk diterbitkan. Jadi, bila korang nampak segmen "Dari Pena Editor" jek, alamatnya, "bank" DNN dah bank-rupt. Zilch. Kosong.

Alla kullihal, baru-baru nih, penulis berkesempatan untuk memberikan luahan rasa, sekadar berkongsi pendapat dan buah idea tentang semangat kekitaan. Mungkin contoh bagi semangat nih berleluasa di merata kumpulan dikir barat sepelusok Singapura. Tak hairanlah, sebab kesenian dikir barat nih adalah seni yang mengagungkan semangat kekitaan. Namun begitu, apabila penulis melalui proses refleksi, penilaian diri, rasa-rasanya, semangat sedemikian baru sahaja dirasai baru-baru ini. Maklumlah, sebelum dikir barat hadir dalam hidup ini, penulis akur, sikap individualistik membakar dalam nadi, berdenyut melalui setiap saluran darah arteri, vein dan kapilari.

Apakan tidak? Hamba dibesarkan dalam suasana yang kompetetif. Ibarat dunia anjing makan anjing. Sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan yang terbaik. Dipankin pula dengan ibu bapa yang senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sekiranya pulang dengan markah yang tak seberapa, atau malas hendak belajar, siap rotan hinggap ke tubuh badan. Berbilai, alahai. Peringkat menengah diletakkan ke sekolah cina. Akhirnya, dihina. Peringat Pra-U pula tak boleh masuk poly. Maktab Rendah saja. Markah pun jadi rendah. Kesian kan? Boleh buat soap opera. Seratus episod lamanya. Yang aku tulis rima-rima nih apa kejadah...

Jadi, memanglah, biler akhirnya sampai kat sini, susah nah nak bergaul. Setahun dua, diam jek. Duduk one corner, tak campur budak-budak lama. Penulis macam tak tahu gitu. Tak social. Sekadar datang untuk main dikir jer. Nak perform, nak tunjuk gaya. Tak dapat rasa apa yang dorang rasakan sejak bertahun lamanya. Tak faham erti semangat kekitaan Durbar Dua. Jadi bila dah dapat rasa, hati pun lega. Ni bukan konotasi seksual la, cuma rasa part of keluarga. Sesungguhnya masih banyak lagi yang perlu dipelajari dari mereka, walaupun kadang kala, aku step pandai giler. Sampai Mon selalu balas dengan menjilat telinga. Telinga aku, bukan telinga dia.

PS: Mon, stop it please. I beg you. Its unhygenic. Serious. Kenapa ko suka sangat seksa aku. Telinga aku ada perisa oren ker, sampai ko selalu "surprise" jilat? - DurbarNews

Sunday, July 5, 2009

Perempuan Transformers
Bukan Megan Fox jer yang 'transform' jantina


Mungkin ramai yang pernah dengar desas-desus mengenai kejantanan Megan Fox, tetapi bagaimana pula dengan dikir barat? Bak kata omputeh, desperate times call for desperate measures. Dalam pita rakaman kat atas nih, kita menggunakan khidmat kumpulan wanita Dwi Durrah untuk meramaikan lagi bahagian awok belakang. Dah macam mat-mat rock main dikir barat dengan rambut mereka yang panjang. Bukan apa beb, exposure. Persembahan selanjutnya ada tertera di sebelah kanan, kat sidebar. - DurbarNews

Thursday, July 2, 2009

TRANSFORM!!!
"eeekk eekk ooh oohh arkkk arkk"

- Oleh Kak C
Gossip Correspondent

Amboiiiiii kemarin bukan main lagi budak-budak Durbar ni tengok Transformers ramai-ramai... Confirm gerek. Walau begitu, dengar-dengar ada jugak tu yang terlentok atas kerusi empuk pawagam tu hah. Alah, tapi confirm bahagian si Megan Fox pakai hot pants confirm mulut ternganga, air liuh melelehhh.... hmmmph.

Ouh... back to the story. Ni yang akak nak citer ni... Ada desas-desus yang mengatakan Megan Fox ni sebenarnya... JANTAN! Hah, you tak percaya pergi lah klik kat pautan di bawah ni...

http://weeklyworldnews.com/celebs/4783/megan-fox-is-a-man/

Meh akak petik sikit apa yang dorang tulis:

"... The internet has been abuzz since this Sunday's Golden Globes ceremony, where Megan Fox jokingly remarked that she looked like a man. When interviewed on the red carpet, she said “I look like Alan Alda in drag. I'm a tranny. I'm a man.” At the time, reporters passed it off as a jovial attempt to cover for her nerves. However, today she has cleared the air and officially reported: she’s really a man. Megan Fox was born Mitchell Reed Fox in Rockwood, Tennessee. From an early age, Mitchell showed an interest in both performing and women’s clothing. When having a preacher lay hands on him did not ‘cure’ him of these interests, his parents simply put him on the pageant circuit...."

I macam tak percaya nyah! OMG OMG. Ada pihak yang percaya bulat-bulat dengan pernyataan ini, ada pulak yang sangsi sebab mereka fikir ini semua muslihat hendak popularkan cerita Transformers yang baru sahaja keluar di pawagam.

Hah, ada banyak lagi lelaman yang melaporkan tentang perkara ni. You all kalau nak baca dengan lebih lanjut you google aje, "Megan fox is a man..." Hah, nanti macam-macam keluar. Ok tatatititutu... Kalau ada citer hot I report lagi. - DurbarNews

Wednesday, July 1, 2009

Assalamualaikum semua. Emel seterusya datang dari netizen dengan nama samaran, Uncle Toby. Uncle Toby, dimana sahaja anda berada, sekiranya anda sedag melihat mini-message nih, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Topic yang diperbualkan adalah pasal duit. Stress beb. Apanya yang stress? Haaa, korang bacalah sendiri. - Editorial

Antara Hantaran dan Pasangan
Kereta, harta, dan sepatah dua kata

Peace Upon U,
Ni Uncle Toby nak cerita tentang masyarakat di sekeliling, bukan dongeng tapi nyata apa yg terjadi malahan Uncle Toby pon pernah alami. Berumah tangga atau beli tangga --Dashyat sungguh market sekarang. Kesian pihak lelaki kena carik duit hantaran yg agak berat. klo taksalah ye, dgr2 market sekarang ni dah naik $10,000..wow banyak nye!! Dapat mertua yg memahami, duit tu di pulangkan ke pasangan tersebut tapi yg ada ibu bapa tu, ibarat mcm menjual anak. Jadi si lelaki tu pon keringlah & jgn harap dapat duit tu balik...

Maaf ye klo terkasar basar tapi yg nyata nampaknye mcm gitu. Tapi yg menghairankan, di mana datang Market-market price tu? Siapa yg tentukan naik atau turun? Atau kita saja yg tak senang tengok orang lain kahwin hantaran tinggi-tinggilalu bila anak/kita nak kahwin kita pon nak melawanlah. Tak kisah kalau berutang dengan bank ke, hutang dengan members ke, janji kita lebih..haiz tapi tak semua ye gitu. Ade 1 pengalaman yg Uncle kagum sekali. Pernah Uncle temui Bapak pihak pompuan tak mintak satu sen pon dari lelaki. Cuma dia teraskan lagi penting klo si Suami dapat membahagiakan anak perempuan nya dengan Agama, kasih sayang, Kesetiaan. Wow!!! ni lagi best eh...tapi tak semua gini.. (pompuan matajeling je....)

Piring Merah Piring Hitam, Lama-Lama Hati Lebam
Ah yg ni pon best jugak. Sekarang soal beli kreta dah perkara biasa. Da jadi mcm handphone. Mesti kena ada. Zaman sekarang tak semesti beli kereta tu CAP duit, tak semesti naik publictu tak berkemampuan. Arghhh!! Nak tau apa yg Uncle geram? Pernah terjadi dengan memberz Uncle sendiri. Dia tanya Uncle yg dia nak beli kereta weekend car. Kira sana Kira sini 1 bulan dalam $320. Diakata untuk kesenangan bagi keluarga dan dia sendiri. Uncle cuma cakap "wah best lah tapi berhati-hati jgn tersempit nanti". Dia kata "Ok tak menjadi masalah." Dia lagi suroh Uncle beli kereta jadi tak payah menyusahkan diri nak naik bus atau mrt yg asyik ramai orang je. Leceh cakap dia. Uncle cuma mampu memberi senyuman ikhlas saja. ZzZZzz tak sampai setahun dah garok kepala. Lalu perkataan "menyesal"keluar dari mulut sendiri. Dia kena potong gaji sebanyak 30% kerana ekonomi merosot, anak dah nak masuk2, ada moto besar, ada rumahbesar, hutang dengan courts & ..... Lalu apa lagi dengan hati yg kesian ni Uncle pinjamkanlah sedikit duit.(blom tau baya balik) Abih uncle tanya,"Asal tak jual kereta kau tu. At least dapat meringankan beban sikit?". Dia jawab"Tak bole lah. susah nak gi sana gi sini. At least ada kereta senang sikit. ala bukan beban sangat." Senang eh..lalu dalam hati pon berkata "Gasak ko lah". - DurbarNews
Ish! Ada Toyol kot?
Selami dunia toyol bersama pakar toyol, Sdr Arip


Musim Holiday lepas,aku banyak tonton drama2 bersiri,maklum lah kira membalas balik aper yang tak dapat aku buat bila aku sudah mula berkuliyah. Aku tertarik dengan drama etoyol.com yang bersiaran di TV3. Bila aku ngah syiok layan cerita ini aku teringat kejadian2 pelik yang baru sahaja berlaku.

Kejadian Pertama
Cuba kamu semua bayangkan baju yang saiznya besar sebesarnya, (cheh step aku kecik laks) boleh hilang dan ditukar baju bersaiz kecil, tak pelik ke, bila semua sudah memakai baju masing, semua nya ngam2, mana baju saiz besar tu hilang? Anda pelik aku di sini lagi pelik. Nih berlaku time gentarasa.
Kejadian Kedua
Kehilangan game ps3,game yang berharga S$80.00 boleh hilang begitu aje, lepas cari punya cari, jumpa di sorok kat belakang almari, wah lega seh dapat balik,bila di buka casingnye, hampeh, game nye lenyap, anda pelik , lagi sekali aku lagi pelik. Kejadian ini sunguh pelik (brapa banyak pelik daaa) hingga aku rasa kelakar dan geram. Kalau manusia punya angkara boleh kita slow talk atau bantai jek, tetapi kalau hantu…..hmm cam ner eh. Nih plak berlaku kat bilik Durbar 2 masa tuh.

Hantu yang selalu berkait dengan kejadian ini adalah hantu toyol. Mengikut definasi dari kamus dewan yang keempat, Toyol adalah hantu peliharaan yang disuruh mencuri. Mengikut orang2 kita toyol berasal dari makhluk kecil yang dihasilkan oleh bomoh ilmu hitam melalui fetus manusia. Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil.

Ada yang mengatakan toyol perlu diberi makan beberapa titik darah dari tuannya sendiri daripada ibu jari tangan atau kaki setiap kali bulan mengambang. Toyol ini juga digunakan untuk mencuri, sabotaj dan melakukan jenayah ringan. Adakah benda2 ini benar…. Wallahu A'lam Bis Sawab.

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Ikhlas dari Muhammad Ariff Bin Borhanudin a.k.a MataPutih
-DurbarNews